Apa Itu Planetary Nebula


Planetary Nebula, sejenis nebula yang tiada kena mengena dengan 'planet' dan juga tiada kena mengena dengan 'kepulan2 gas yang sedang membentuk bintang baru'.

Ia sebenarnya sebuah bintang (yang macam matahari) berada di penghujung hayatnya!

Bintang sedang nazak!

Apabila bintang-bintang seperti matahari dah nak mati (bintang ni pun ada banyak jenis) ... ia akan membebaskan sebahagian daripada lapisan 'atmosfera' ke angkasa lepas.

Yang tinggal ialah teras bintang asal yang panas dan padat di tengah-tengahnya.

Yang gas-gas kena hambur keluar tu akan mengembang dan membentuk satu bentuk nebula bersimeteri yang comel, cun melecun!

Gas-gas ini akan lama kelamaan mengembangdan hilang dari pandangan dan yang tinggal teras bintang tadi tu...

sian kat dia...

Warna-warna planetary nebula ni bergantung kepada komposisi gas-gas yang terbebas tu..

Foto ini merupakan kompilasi 22 buah Planaterary Nebula, mengikut saiz yang betul antara satu sama lain.

Cun tu!!!

Skala 4 Light Years tu menunjukkan saiz jarak di mana cahaya yang bergerak laju berdesup tu pun ambil masa 4 tahun untuk gerak dari satu hujung garisan ke hujung yang lagi satu.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox