Benarkah Clash of Clans (COC) Menghina Islam ?


Permainan Clash of Clans merupakan satu jenis video game yang berasal daripada Helsinki, Finland. Ia boleh diakses secara atas talian melalui telefon pintar dan sebagainya. Game ini dilihat sebagai menguji minda pemain untuk membina komuniti, melatih askar dan menyerang pemain yang lain untuk mendapatkan mata ganjaran. Mata yang dimenangi akan digunakan sebagai modal untuk membina pertahanan daripada serangan pemain yang lain, selain melatih dan memperkukuhkan tentera.

Ada pihak yang menyatakan apabila pemain bermain di tahap 5-7 akan menjumpai gambar raja Mesir atau Firaun dan juga imej babi. Ini dikatakan boleh melalaikan umat Islam, memecah belahkan masyarakat, membawa penceraian suami isteri, solat lewat, tidak bermasyarakat, tidak dapat menumpukan kepada kerja, tidak mempedulikan keluarga dan pelbagai lagi. 

Sebagai panduan asas, sebarang bentuk game yang mempunyai penghinaan yang jelas terhadap agama Islam, Nabi Muhammad dan berkaitan agama maka ia adalah haram. 

Begitu juga sebarang bentuk game yang melalaikan sehingga meninggalkan ibadat seperti sembahyang pada waktunya juga tidak harus. 

Sebagai umat Islam kita perlu mengambil panduan ajaran Islam dalam sebarang bentuk kerja yang kita lakukan. Permainan game merupakan satu bentuk hiburan yang pada asalnya adalah harus. Walaubagaimanapun jika permainan itu melibatkan perkara-perkara yang mengharamkan seperti menghina agama dan membuatkan pemainnya lalai maka ia adalah haram dan tidak harus.

Kesimpulannya game Clash of Clans adalah harus dengan syarat tiada penghinaan terhadap agama Islam dan membuatkan orang Islam meninggalkan kewajipan seperti solat. Ini kerana ia merupakan satu bentuk hiburan. Jika semata-mata ada imej Firaun dan gambar babi, maka ia tidak menjadi sabit kepada hukum haram.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox