Apa itu Bauksit?



Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini. Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil.

Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun).Dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas. Kebiasaannya bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.

Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox