Benarkah Pokok Duit Duit Penyebab Kenser / Leukemia ?


Pokok Duit Duit Bukan Penyebab Leukemia | Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau 'Ong' dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

"Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

"Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox