Bahaya Glow Glowing Beauty Skin


JANGAN GUNA PRODUK KOSMETIK DAY PINKY CREAM & NIGHT GLOW CREAM!

Produk kosmetik Glow Glowing Beauty Skin Day Pinky Cream dan Night Glow Cream telah dibatalkan notifikasi oleh KKM kerana telah dikesan mengandungi bahan terlarang.

Glow Glowing Beauty Skin Day Pinky Cream telah dikesan mengandungi MERKURI. MERKURI adalah sejenis logam berat yang sangat toksik pada saraf manusia. Penggunaan pada kulit boleh meningkatkan risiko penyakit Parkinson dan kecacatan bayi (jika mengandung).

Glow Glowing Beauty Skin Night Glow Cream telah dikesan mengandungi HYDROQUINON dan TRETINOIN. HYDROQUINON berfungsi untuk membuang lapisan yang melindungi kulit dari sinar ultraviolet (UV). Penggunaan HYDROQUINON dalam produk kosmetik boleh menyebabkan pengelupasan yang teruk dan kehitaman pada kulit serta risiko mengalami sawan. TRETINOIN pula sejenis ubat terkawal yang digunakan dalam rawatan jerawat. Penggunaan tanpa pantauan pengamal perubatan boleh menyebabkan penggelupasan yang teruk serta mengundang kecacatan pada bayi (jika mengandung).

Oleh yang demikian orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik ini. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.




1 ulasan:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox