Bahaya Natasya Krim Herba / Gold


JANGAN GUNA NATASYA KRIM HERBA & NATASYA KRIM HERBA GOLD!

NATASYA KRIM HERBA & NATASYA KRIM HERBA GOLD telah disahkan mengandungi racun berjadual HYDROQUINON dan TRETINOIN.

HYDROQUINON bertindak membuang lapisan atas kulit yang berfungsi untuk menapis sinar ultraviolet (UV). Pengguna akan menghadapi pengelupasan yang teruk dan kulit menjadi kehitaman. Selain itu penggunaan krim kecantikan yang mengandungi HYDROQUINON juga boleh menyebabkan risiko kanser kulit.

TRETINOIN adalah sejenis ubat terkawal dalam rawatan jerawat. Tindakannya sangat kuat dan hanya digunakan dengan kebenaran Pakar Perubatan Kulit sahaja. Penggunaan secara tidak terkawal boleh menyebabkan pengelupasan yang teruk serta kecacatan pada bayi (bagi ibu mengandung dan ingin mengandung)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox