Bahaya Best Slim


AWAS, JANGAN GUNA PRODUK PELANGSING BEST SLIM!

BEST SLIM adalah produk yang TIDAK BERDAFTAR dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah dikesan mengandungi racun berjadual SIBUTRAMINE.

SIBUTRAMINE adalah racun berjadual yang dikelaskan dalam perubatan sebagai "appetite suppressant" atau penahan selera makan. Ia bertindakbalas untuk mengawal pusat selera di dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar.

SIBUTRAMINE telah diharamkan penggunaannya di Malaysia sejak Oktober 2010 kerana menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang memudaratkan. Antara kesan sampingannya ialah meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, sakit sendi, sakit kepala, mulut kering dan lain-lain.

Pengambilan produk yang dicemari racun berjadual SIBUTRAMINE boleh membahayakan kesihatan.

sumber



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox